I LOVE YOU SOOOO MUCH BABY

Tuesday 27 December 2011

6 mAkAnAn uNtUk KuLiT cAnTeK..hEhE!!

hai ..salam semua...da lama da xupdate blog aq nieh an..hehehe:)..bz sket ..hehe:)..!!



IKAN..!!

~Ikan berlemak seperti salmon , tilapia dan ikan kod sangat kaya dengan asid lemak Omega 3 yang sangat bermanfaat untuk memperkuat kulit.Terutama bagi mereka yang menderita penyakit kronik seperti Atopik dematitis. Selain itu, beberapa jenis ikan (kod dan salmon) kaya dengan vitamin D yang penting untuk tulang.Jika anda tidak makan ikan kerana suatu sebab, cubalah makan telur yang berasid lemak Omega 3 dan daripada sumber tumbuh-tumbuhan seperti kacang walnut dan hazelnut. Bagi yang vegetarian sepenuhnya , mungkin perlu mengambil suplemen vitamin D setiap hari..



TEH HIJAU..!!

~Teh ini mudah didapati dengan harga yang tidak terlalu mahal . Anda boleh meminumnya setiap hari kerana teh hijau kaya antioksidan yang bermanfaat untuk kesihatan kulit. Minummlah sekurang-kurangnya tiga(3) cawan teh hijau setiap hari untuk menanggani proses penuaan dan kerandangan kulit . Kajian juga didapati antioksidan teh hijau dapat mengurangkan risiko kanser kulit. Jadi mulakan minum teh hijau mulai hari ini k..




BROKOLI..!!

~Brokoli kaya vitamin A,C dan K , jenis sayuran ini memang sayuran 'hebat' yang kaya manfaat. Vitamin A menurunkan produksi minyak vitamin C merupakan antioksidan dan vitamin K membantu mencegah kulit rosak dari dalam.




MINYAK BIJI BUNGA MATAHARI(SUNFLOWER)

~Mungkin manfaat asid lemak Omega 3 sudah banyak diketahui , namun asid lemak Omega 6 seperti asid linoleat yang asa di dalam minyak biji bunga matahari juga penting bagi kesihatan kulit. Seperti asid lemak Omega 3 , asid lemak Omega 6 juga mencegah kekeringan kulit dan keradangan  juga penting untuk pembentukkan prostaglandin , iaitu hormon yang memastikan semua sel tubuh bekerja dengan baik.


BADAM..!!

~Kacang badam tidak boleh dilupakan untuk meningkatka kandungan vitamin E didalam tubuh . Kacang ini juga antoksidan penting untuk kesihatan kulit. Kajian menunjukkan dengan makan vitamin E secara oral dapat meningkatkan kadar kelembapan pada permukaan kulit . Jadi amat sesuai diamalkan mereka yang cenderung berkulit kering.



COKLAT HITAM..!!

~Coklat hitam mengandungi flavonol yang dapat mengurangkan terbentuknya kulit kasar dan terbukti mampu meningkatkan peredaran darah sehingga kulit nampak bercahaya. Makan coklat berkandungan paling kurang 60 peratus koko asli dan amalkan makan sekurang-kurangnya 28.4 gram setiap hari..






#ha! kalu kowg nak kulit cantek try la....mna tau an menjadi kekekkeek..:)#

No comments:

Post a Comment